RSS

Tuesday, January 19, 2010

tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya



Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya…

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…


Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakana pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…


Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya…

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…


Tolong tegur si dia, bila dia mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya…


Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…


Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya…


Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan padanya, jadilah penyokong dalam kejayaanku…


Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Penciptanya…

Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…



Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia…

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui di mana si dia…

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa…

Memasuki taman larangan dengan sopan santunnya…

Dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya…

Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

Sunday, January 10, 2010

this is what i think about you


Memandangkan emosi still tak stabil, aku akan mula mengarang sekarang. Mohd Izzuddin Mohd Noor. What do I think about you? Do you really want to know? Ok, fine. Aku akan try tulis semua yang aku terfikir buat masa ni. And tambah sikit-sikit bila aku bukak balik this file to edit it, before post it in my blog. Kalau dah post tu, maybe tak tambah dah. Kalau ada pown, kau ruangan komen. Is that alright for you?

The first time I get to know you, kau diam, aku diam. Dalam kelas, masing-masing tak banyak bercakap. Walaupun kau duduk betul-betul depan aku time form two. Sepanjang time sekolah, kau tak pernah nak bercakap dengan aku. kalau barang-barang aku jatuh kat tempat kau pown, kau tak amekkan. Nasib la orang sebelah kau ada. Sepanjang form three pown, kau still tak bercakap dengan aku. kalau ada pown, sikit-sikit je. Tak kisah lah..

Bila dapat result PMR, tiba-tiba je kau hantar mesej kat aku. Tanya pasal result, and aku jawab pe yang patut. Starting from that, kau rajin mesej aku. Bila aku keluar sekolah, lagi rajin kau mesej aku. tiap kali aku cuti, berduyun-duyun la mesej kau masuk. Time tu, aku buta IT lagi. Nak baca mesej pown tak reti, lagi la nak hantar mesej. Bodoh-bodoh lagi time tu. Dengan tak faham singkatan-singkatan nye. tak faham langsung lak tu. Abaikan. Memang tiap kali aku cuti je mesej dengan kau. Takde lak aku call kau time aku kat sekolah.

Dah habis sekolah, banyak masa luang dengan kau, walaupun just mesej-mesej. Bila aku happy, kau pown sure happy kan, baca mesej-mesej aku? macam2 aku cerita and nak kau cerita. Bila aku moody, emo, kau yang bagi aku semangat untuk stay happy. Kau berusaha untuk kembalikan mood aku yang dah down tu. Really appreciate that. Almost tiap malam, after balik kerja, aku mintak kau bukak topik. Mula la merapu tiap malam.

Aku tak dapat masuk PLKN. Kau pown taw aku nak sangat masuk PLKN tu kan? Pasal tu kau berusaha cari borang la, tu la, ni la. Tapi, aku tak isi pown. Sebab? Kalau rayuan, sure dapat yang last punya. And that time, nak masuk U or matriks dah. Bila result SPM keluar, aku down. And kau naikkan balik semangat aku. kau dapat 7A, aku dapat 5A je. It does make a different. Tak lama lepas tu, tawaran masuk matriks keluar. Kau yang beriya nak check aku dapat kat mana. Taw2, aku dapat sama dengan kau. Matriks perak. Kau happy sangat time tu. Tawaran masuk U pown dah keluar, so I have to choose. Lastly, aku pilih matriks.

Sepanjang hidup kat matriks, our lives are different. Bukan pasal kau fizik, aku bio. Bukan pasal fizikal or hayat. Walaupun kat matriks kita tak selalu jumpa (kalau jumpa pown, just pass kerja and hujung minggu, keluar sekali) tapi, aku selalu cari pasal dengan kau. Dalam fon pown jadi la. Takde sebab pown, still nak cari pasal. Walaupun aku taw, aku akan menangis pown, still nak cari pasal gak. Tak taw kenapa. Kau lak, redha je. Terima seadanya, sabar sepanjang masa. Gaduh pagi, malam ok balik. Gaduh siang, malam baik balik. Gaduh malam, esok pagi nya, still kau buat morning call. Morning call, untuk aku bangun, solat Subuh. Kadang tu, before azan lagi dah call aku. Thanks. Kita gaduh macam mana pown, orang still kata, sweet couple. Aku heran pe? Agak2 nak gaduh, aku gaduh. Agak2 nak tending, sepak, aku buat. Nasib ada 1 time tu, kau cepat halang. Kalau tak, sure kau meraung sakit. Haha! I enjoy doing that. Kau langsung tak mengeluh, langsung tak mengadu.

Habis je matriks, aku mintak break up dengan kau. Kau try nak jaga our relationship so that it maintains, but aku still dengan pendirian aku. Dinner yang kau plan tu, tak sempat pown nak pergi. It was so nice of you, plan a dinner with your family. Tapi, aku suruh kau tanya abah dulu. Memandangkan tak jadi, so that’s it. Tapi bila geng2 kau ajak p genting, kau ajak aku join sekali. I have no problem with that.

Keluar result masuk U, time tu aku ada kat Redang. Kau yang cek kan again. Tak lama lepas tu, kau gtaw aku, yang aku dapat masuk UMS, biologi pemuliharaan. Tapi kau tak dapat tawaran masuk mana-mana. Kau down sangat-sangat time tu. Lepas chatting, thank God kau ok balik. Mood nak nak sambung belajar pown muncul balik, walaupun kau tak dapat apa-apa tawaran. Rayuan, ulang matriks, STPM or diploma. Dah sah-sah kau tak nak ulang matriks. STPM pown kau taknak. Lastly, kau buat rayuan and apply for diploma. Aku kagum dengan kau. Kau tak putus asa.

Until now, kau still tak putus asa untuk sambung belajar, walaupun ada time tu, kau down sekejap. Kau kata, dah takde makna kau belajar kalau aku takde. Coz kau belajar, sebab aku. tapi, nasib baik kau down tak lama mana. And kau still sambung belajar for your second semester sekarang. And another thing, kau still tak putus asa untuk dapatkan aku balik, walaupun aku rapat dengan another guy. Really impressed. Tapi kau manja, aku takut tak dapat nak handle. Banyak assignment yang aku nak kena siapkan. Aku takut tak dapat nak handle, kalau go on with you. Really sorry.

Yang konflik baru-baru ni, baru aku taw yang kau agak panas baran. Sekejap ok, sekejap mengamuk. Aku sendiri tak dapat nak detect bila kau ok, bila kau marah. Baru je cakap dengan kau, nada kau tenang je. Tapi tak lama lepas tu, kau mengamuk yang teramat. Aku takut, seram. Before this, kau tak pernah macam tu. Aku taw, semua ni sebab aku. tu yang kau meradang sampai macam tu. And yang beberapa hari lepas, kau try nak talk peacefully dengan aku. Kau try bukak topic, tapi aku lak yang meradang. Really sorry about that. Aku tak taw kenapa ayat-ayat tu laju je keluar dari mulut aku. Sangat-sangat laju. Aku pown agak terkejut dengan speed aku cakap tu.Aku terasa macam kau paksa aku cakap pe yang aku taknak cakap, walaupun aku tak kau just nak bukak topic. Sorry..

All those romantic things you’ve done, thank you. But I don’t think I need that anymore. I’m sorry.. Yang pasal kau nak jemput aku kat LCCT, with a dozen of flowers. Walaupun kau dah tempah bunga, tapi tak jadi, sebab last minute decision. But, hey, thanks for that.

Still rasa ada lagi yang aku tak tulis. Tapi, tak taw pe.

No need to comment

Please, and thank you

Saturday, January 2, 2010

pinjam sekejap

ni actually tengah tunggu turn
sememntara tunggu tu,
pinjam pc doktor jap